Sabtu, 3 Disember 2011

SaiDinA UmAr BiN Al-KhaTTaB


Saidina Umar bin Al-Khattab
R.A Pentadbir yang Ulung

Nama penuh :Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Tarikh lahir :584 Masihi
Tempat lahir :Kota Mekah
Keturunan :Bani Ady,Quraisy
Usia ketika 
memeluk Islam :33 tahun

Jawatan :Khalifah yang kedua daripda Khulafa’
Al-Rasydin

Tarikh menjadi 
khalifah :23 Ogos 634 Masihi bersamaan 13 Hijrah

Tempoh memerintah :10 tahun 6 bulan

Meninggal dunia :Tahun 23 Hijrah

Sebab Kewafatan :Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama
Fairuz(Abu Lukluk)
Usia ketika 
meninggal dunia :63 tahun

Gelaran :Al-Faruq(pemisah antara yang hak dan
yang batil



SIFAT-SIFAT PERIBADI

a) Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menenetang
Rasulullah.Beliau amat digeruni oleh orang-orang yang memeluk Islam

b) Beliau telah mengisytiharkan keislamannya di hadapan masyarakat Quraisy
tanpa berasa gentar walau sedikit

c) Semasa berhijrah ke Madinah,Beliau mencabar sesiapa yang berani
menghalangnya.

d) Beliau juga bersikap tegas

e) Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh

f) Merupakan seorang pemerintah yang bertanggungjawab

g) Beliau sangat mengambil berat tentang keselamatan,keamanan dan
kemakmuran negara.beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa ketika
memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri rakyatnya.Pernah pada
suatu hari beliau mengangkat sendiri gandum dan minyak unutk diberikan
kepada golongan miskin.

h) Seorang yang adil.Sifat adil beliau dapat dilihat ketika menjatuhkan hukuman
terhadap anak kepada Pesuruhjaya Mesir yang menzalimi seorang pemuda
berbangsa Qibti


JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR

1) Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh saidina umar
kepada umat Islam terutamanya setelah beliau dilantik menjadi khalifah.


Pentadbiran

a) Mengemaskinikan Masjlis Syura merupakan satu badan
yang amat penting dan menjadi asas dalam pentadbiran
Islam.

b) Mengasaskan jabatan-jabatan kerjaan

c) Memisahkan kuasa kehakiman


Dakwah 

a) Penyebaran dakwah di wilayah-wilayah baru seperti
Mesir,Rom dan Parsi

b) Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru

c) Membina sekolah dan pusat pengajian


Pembangunan Negara

a) Mengemaskini institusi baitumal sebagai intitusi kewangan
Islam

b) Penerokaan kawasan baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan