ApA iTu HudUd?
Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 ).Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 ).Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (
perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat
seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah
berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus
kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina
diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan
disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali
dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang
berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman
Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had
mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina,
dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang
menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian
mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu
tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram,
dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali
sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang
itu selama-lamanya.
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ),
berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah
perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman
hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua
riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah
memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah
tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu
Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan
sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman
seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih :
hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan
kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan
dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan
RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh
atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal
balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan
untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang
besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan
diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di
antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di
dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada
Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku (
Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga
( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh
orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka
damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu
berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan
yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah
Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Inilah sumber perundangan
yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat
menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap
jenayah Hudud, di mana tidak ada hak
mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam
seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam
hukumannya. Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi
zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan
boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti
berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud,
mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat
sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan