Sabtu, 3 Disember 2011

AlI BiN aBi ThaLib R.A


PEMUDA YANG BERANI

Nama penuh: Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Tarikh lahir: 10 tahun sebelum nabi menjadi Rasul iaitu
pada tahun 601 Masihi

Tempat lahir: Di dalam Kaabah, Mekah
Keturunan: Bani Hasyim
Usia ketika memeluk Islam: 10 tahun
Tarikh menjadi khalifah: 655 Masihi bersamaan 35 Hijrah
Tempoh memerintah: 4 tahun

Tarikh wafat: 17 Ramadan tahun 41 Hijrah bersamaan
tahun 661 Masihi

Sebab Kewafatan: Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam
di bandar Kufat ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh

Gelaran: Abu Al-Hasan dan Abu Turab



Keunggulan Saidina Ali bin Abu Mutalib

1. Keluarga Rasulullah

+ Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan yang rapat dengan Rasulullah.

+ Merupakan sepupu dan menantu baginda.

+ Sejak kecil beliau tinggal dengan Rasulullah S.A.W. dan dididik oleh baginda.

+ Banyak mewarisi keperibadian dan akhlak Rasulullah

+ Sentiasa berada di sisi Rasulullah pda masa susah dan senang,semasa perang
dan semasa Rasullah sakit dan hingga keakhir hayat baginda.


2. Kanak-kanak pertama memeluk Islam

+ Saidina Ali memeluk Islam ketika berumur 10 tahun

+ Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah
memuliakan wajahnya.Ini kerana beliau tidak pernah menyembah berhala
sejak kecil dan tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah.

+ Merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.


3. Cendikiawan Ulung

+ Terkenal dengan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang seperti bidang
sastera,ilmu hisab dan kehakiman sehingga beliau digelar gedung ilmu.


4. Pemuda yang berani

+ Beliau terkenal dengan sifat gagah dan berani dimedan perang.

+ Beliau menggunakan pedangnya yang bernama ‘Zulfaqar’ dan menyertai
hampir semua peperangan menentang musyirikin kecuali perangan Tabuk.

+ Semasa peperangan Khandak Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama
satu dengan pahlawan Quraisy yang bernama Amru bin Waid.


5. Pemerintah yang adil dan kreatif

+ Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman.Beliau
telah menjadi seorang hakim dan pentadbir yang adil.

+ Beliau telah melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam, menubuhkan
pasukan polis yang diberi nama ‘As-Syurtah’,menubuhkan pasukan tentera
berjalan kaki dan badan perisik yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah
sebelum ini.


Pengorbanan dan Jasa Saidina Ali bin Abu Mutalib

+ Mengetuai misi dakwah di Hamadan,Iraq

+ Jurutulis Perjanjian Hudaibiyyah

+ Mengembangkan ilmu-ilmu Islam

+ Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khulafa Ar-Rasyiddin

+ Penulis wahyu

+ Menjadi hakim di Yaman

+ Menrima jawatan khalifah dalam keadaan negara huru-hara.

+ Menyatupadukan uamt Islam yang sedang berpecah-belah




Konflik Pada Zaman Saidina Ali

1) Konflik dan fitnah berlaku pda zaman Saidina Ali berpunca daripada
perancangan jahat yang dibuat oleh puak Yahudi dan munafik.

2) Puak munafik berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diaturkan oleh
Saidina Ali.Contohnya dalam Perang Jamal, tentera Saidina Ali telah
mencapaikata sepakat dengan kumpulan Saidina talhah dan Saidina Zubair bin
Al-Awwam untuk berdamai. 

Namun, puak munafik yang berasa gelisah
dengan perdamaian itu, telah membuat perancangan jahat demi mencetuskan
perbalahan dan pergaduhan di antara umat islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan